Nampaknya Warner Bros. Discovery (WBD) dengan David Zaslav sebagai CEO baharu mengecewakan ramai orang. Banyak isu yang berlaku seperti filem Batgirl yang dibatalkan, banyak projek siri TV tidak diteruskan dan pelbagai lagi.

WBD dalam proses memotong bajet untuk beri fokus kepada strategi baharu seperti perancangan filem DC untuk 10 tahun, gabungan HBO Max dan Discovery+ serta hanya akan mengeluarkan filem jika mereka sudah yakin akan kualiti dan sambutan.

Terkini, Deadline melaporkan yang filem Shazam: Fury of the Gods akan ditunda ke 17 Mac 2023 berbanding tarikh sebelum ini 21 Disember. Ini adalah kerana ingin memberi laluan kepada filem Avatar 2 The Way of Water. Tarikh 17 Mac 2023 adalah tarikh untuk filem Aquaman and the Lost Kingdom yang kini ditunda ke 25 Disember 2023 kerana memerlukan masa untuk pasca-produksi.

Sohor Kini