Skip to main content

Alex Neill iaitu “pejuang” hak pengguna di UK telah memfailkan saman terhadap Sony dengan tuntutan sebanyak £5 bilion (~RM26 bilion) di atas tuduhan mereka melakukan caj lebihan terhadap pengguna yang membeli permainan dari PlayStation Store (dilaporkan oleh Sky).

Bersama dengan sama ini, Alex Neill juga telah melancarkan kempen “PS You Owe Us” yang anda boleh baca lanjut di laman rasmi untuknya.

Menurut laman tersebut, kes saman ini mewakili kesemua pengguna PlayStation Store dari Ogos 2016 sehingga ke hari ini di UK, dan pengguna tidak perlu melakukan apa-apa untuk menyertainya.

Antara ‘masalah’ yang dikatakan adalah Sony telah mengenakan caj sebanyak 30% untuk setiap penjualan permainan di gedung digital tersebut, dan mengatakan Sony telah menyalah gunakan kedudukan mereka sebagai konsol paling popular untuk mengenakan caj tersebut yang menyebabkan permainan dijual dengan harga mahal kepada pemain.

Buat masa ini, Sony ataupun PlayStation tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Namun, berdasarkan apa yang berlaku di antara pergaduhan antara Epic Games dan Apple, Sony tidak perlu risau mengenai kes saman ini.

Leave a Reply