Razer telah mengumumkan dua pelapik tetikus ultra-besar baharu iaitu Razer Strider Chroma dan Razer Goliathus Chroma 3XL yang ditawarkan dengan harga RM649 dan RM509.

Razer Strider Chroma merupakan pelapik campuran lembut dan keras yang memberikan permukaan yang selesa untuk pergerakan tetikus. Ia bersaiz 900mm x 370mm dengan ketebalan 4mm. Ia juga mempunyai bawah yang tahan lincir untuk memastikan ia sentiasa berada di dalam keadaan yang terbaik.

Pelapik ini juga mempunyai ketahanan meleding dan juga air bagi memastikan ia tidak mudah rosak dan juga bertahan walaupun tertumpah air. Razer Strider Chroma dilengkapi dengan sistem lampu yang mempunyai 19 zon berbeza yang boleh ditetapkan yang dikuasakan dengan teknologi Chroma.

Manakala Razer Goliathus Chroma 3XL adalah pelapik yang lebih besar dengan saiz 1200mm x 550mm dengan ketebalan 3.5mm, membolehkan ia menjadi pelapik untuk seluruh meja. Dengan permukaan mikro-tekstur, pelapik ini juga memberikan kawalan tetikus yang lebih jitu dan ruang yang luas untuk penggunaan DPI yang rendah.

Razer Goliathus Chroma 3XL juga dikuasakan dengan teknologi Razer Chroma RGB membolehkan lampu diubah mengikut keinginan pengguna.

Razer Strider Chroma dan Razer Goliathus Chroma 3XL ini sudah boleh mula didapatkan melalui laman rasmi Razer ataupun mana-mana pengedar mereka.

Sohor Kini