Todd McFarlane merupakan pencipta untuk watak Spawn, beliau juga antara yang mengembangkan watak Venom di mana filemnya baru sahaja dikeluarkan minggu lepas.

Beliau sebelum ini mengesahkan yang akan menulis, menghasilkan dan menerbitkan filem Spawn. Melalui temubual bersama IGN, beliau mengatakan ingin menjadikan Spawn filem seram dan bukan adiwira.

Tambah beliau lagi, jika filem ini di ambil sebagai filem seram ia lebih bersesuaian berbanding menjadikannya seperti filem Captain America. Bahagian tersebut, menurutnya, sesuatu yang hollywood tidak dapat lakukan dengan betul.

Penambahan bahagian adiwira menyebabkan filem Spawn tidak menjadi seperti mana yang dikehendaki oleh beliau. Disebabkan beliau memiliki sepenuhnya watak Spawn, jadi beliau tidak terikat dengan mana-mana syarikat untuk filem ini.

Beliau ingin menghasilkan film Spawn yang boleh dibandingkan dengan filem seperti The Nun, Aliens, The Things, Jaws, The Grudge serta The Ring dan tidak mahu ia disamakan dengan filem seperti Captain America ataupun Hulk.

Kami agak kecewa dengan filem Venom disebabkan pada pendapat kami watak Venom menjadi terlalu ‘lembut’. Kami berharap filem Spawn akan mengekalkan perwatakan watak tersebut.

Sohor Kini