Chukwudi Iwuji adalah antara pelakon watak penting dalam siri TV James Gunn, Peacemaker. Dengan James Gunn kembali mengarah filem Guardians of The Galaxy Vol. 3, beliau memanggil kembali Chukwudi untuk berlakon dalam filem beliau.
Pada awalnya, beliau dikhabarkan akan berlakon sebagai Beta Ray Bill atau mungkin juga Silver Surfer. Kin di acara SDCC 2022, beliau disahkan akan berlakon sebagai penjahat atau musuh utama untuk filem Guardians of The Galaxy Vol. 3 – iaitu High Evolutionary.
Dalam filem ini, Gamora juga akan kembali – yang mana disahkan adalah Gamora versi yang merentas masa dalam Avengers: Endgame iaitu versi 2014. Filem ini turut akan melibatkan Adam Warlock dannjuga akan ada adegan bersama Baby Rocket Raccoon. Treler filem ini dipertontonkan di SDCC tetapi belum untuk umum, nantikan lanjut kemaskini daripada kami.