Filem Guardians of the Galaxy adalah filem MCU yang memfokuskan peristiwa yang berlaku di luar bumi. Pasukan adiwira filem ini terdiri daripada Peter Quill/Star Lord (Chris Pratt), Gamora (Zoe Saldana), Drax The Destroyer (Dave Bautista), Groot (Vin Diesel), Rocket (Bradley Cooper), Nebula (Karen Gillan) dan juga Mantis (Pom Klementieff).
Terdapat dua filem untuk judul ini, kedua-duanya adalah karya James Gunn. Filem kedua ditayangkan pada 2017 dan sudah 4 tahun peminat menantikan kehadiran Guardians of the Galaxy Vol. 3.
Tidak banyak informasi yang kita tahu mengenai filem ketiga, selain pasukan ini akan muncul dalam Thor, ia adalah filem terakhir penampilan watak Drax serta akan memulakan penggambaran mungkin pada hujung tahun ini.
Terkini, James Gunn telah mengesahkan laporan daripada Deadline yang Will Poulter akan berlakon sebagai Adam Warlock untuk filem Guardians of the Galaxy Vol. 3. Kehadiran Adam Warlock telah diacah sejak filem kedua di adegan pasca-kredit oleh Ayesha lakonan Elizabeth Debicki. Mereka iaitu Sovereign telah mencipta ‘seseorang’ untuk musnahkan pasukan Guardians of the Galaxy.
Walau bagaimanapun, butiran filem masih lagi dirahsiakan. Will Poulter cukup terkenal sebagai Kenny dalam We’re The Millers, Gally dalam The Maze Runner, Mark dalam Midsommar serta Colin Ritman dalam Netflix Black Mirror: Bandersnatch.