Pengumuman mengejutkan dilakukan oleh Marvel Studios sebentar tadi. Filem Blade kini ke MCU dengan Mahershala Ali akan mengambil alih dari Wesley Snipes sebagai Blade. Filem Blade ialah filem pertama diterbitkan oleh Marvel Studios pada tahun 1998. Kejayaan Blade menjadi asas kepada kejayaan yang dinikmati studio ini sekarang.
Just announced in Hall H at #SDCC, Marvel Studios’ BLADE with Mahershala Ali. pic.twitter.com/mtrDBy5OV0
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 21, 2019
Sebanyak tiga filem Blade dihasilkan sebelum dan ia membuktikan filem adaptasi komik yang bertemakan lebih dewasa boleh mendapat sambutan penonton hampir dua dekad sebelum Deadpool dan Logan. Tiada maklumat mengenai pelakon lain siri ini dan bilakah ia akan ke pawagan. Kami hanya boleh berharap Blade akan mengekalkan pengelasan R kerana sudah tiba masanya Marvel kembali menghasilkan filem yang lebih dewasa. “Its open season on all suckheads again!”