Marvel di San Diego Comic-Con telah berkongsi perancangan mereka untuk Marvel Cinematic Universe Fasa 5, dan salah satu kandungan untuknya adalah filem The Marvels yang boleh dikatakan sebagai filem untuk Captain Marvel dan juga Ms. Marvel yang baru sahaja menerima siri Disney+ tersendiri.

The Marvels diumumkan akan ditayangkan pada 28 Julai 2023, menandakan penukaran susunan, sebelum ini The Marvels dilaporkan menjadi permulaan bagi filem MCU pada tahun 2023, akan tetapi Ant-Man and the Wasp: Quantumania akan ditayangkan terlebih dahulu iaitu pada 17 Februari 2023.

Antara pelakon yang telah disahkan untuk filem ini adalah Brie Larson sebagai Carol Davers/Captain Marvel, Iman Vellani sebagai Kamala Khan/Ms. Marvel, Teyonah Parris kembali sebagai Monica Rambeau dan Samuel L Jackson sebagai Nick Fury.

Zawe Ashton dan Park Seo-joon juga diumumkan sebagai pelakon tetapi watak tidah disahkan lagi, dengan Park Seo-joon diura-urakan membawa watak Noh-Varr.

Sohor Kini