Marvel telah melakukan pengumuman lanjut mengenai fasa kelima bagi MCU dengan mengumumkan pelbagai siri dan juga filem ketika San Diego Comic-Con. Antara yang diumumkan adalah siri Secret Invasion akan mula disiarkan pada suku kedua tahun depan.

Siri Secret Invasion dilaporkan akan melibatkan Nick Fury lakonan Samuel L Jackson dengan melibatkan juga Talos lakonan Ben Mendelsohn, Cobie Smulders kembali sebagai Maria Hill dan juga Emilia Clarke untuk watak yang tidak diumumkan lagi.

Dua pengarah yang bertanggungjawab untuk siri ini adalah Thomas Bezucha dan Ali Selim.

Sohor Kini