Secret Invasion adalah satu lagi siri TV MCU fasa keempat yang akan disiarkan di Disney+. Siri TV ini dikatakan akan fokus kepada watak Nick Fury lakonan Samuel L. Jackson dan juga Talos lakonan Ben Mendelsohn. Ia mengisahkan makhluk asing Skrull yang sudah lama tinggal di bumi. Siri TV ini juga dikatakan adalah sekuel kepada Captain Marvel dan Spider-Man: Far From Home. Walau bagaimanapun, sinopsis penuh masih belum didedahkan.

Kita sudah tahu yang Nick Fury kini berada di angkasa, jadi ia mungkin akan berkait dengan S.W.O.R.D yang dikatakan adalah pengganti kepada S.H.I.E.L.D. Siri TV ini antara yang dirahsiakan oleh Marvel kerana sangat sikit butiran yang didedahkan kepada umum. Terkini, dua orang pengarah telah dipilih untuk mengarah siri TV ini. Pengarah ini adalah Thomas Bezucha dan Ali Selim.

Thomas Bezucha adalah pengarah bagi siri jenayah Let Him Go, manakala Ali Selim pula adalah penagrah bagi siri TV The Looming Tower di Hulu. Penulis bagi siri TV ini adalah Kyle Bradstreet, yang terkenal dengan siri TV Mr. Robot turut akan menjadi penerbit eksekutif.

Sohor Kini