X-Men ’97 Disahkan Akan Diteruskan Dengan Musim Kedua

Seperti yang kami laporkan sebentar tadi, siri animasi X-Men ’97 akan disiarkan di Disney+ pada tahun 2023. Ini adalah kali pertama siri animasi diuruskan sepenuhnya oleh Marvel Studios. Ia adalah satu sambungan daripada animasi 1992-1997, di mana Professor X telah meningalkan X-Men dan ia akan menceritakan Magneto sebagai ketua baru.

X-Men ’97 akan menyertakan kisah Rogue, Gambit, Wolverine, Cyclops, Jean Gray, Beast, Cable, Bishop, Forge, Morph Night dan Sunspot. Tambahan daripada itu, musim kedua siri animasi ini juga sudah disahkan akan tiba nanti.

Bukan itu sahaja, siri animasi X-Men: The Animated Series yang kini bole distrim di Disney+ Hotstar kini setiap episod telah disusun mengikut kronologi. Sebelum ini ia disiarkan secara tidak teratur.

Sohor Kini