Marvel hari ini berkongsi sejumlah siri dan rancangan baharu yang bakal hadir, dan salah satunya adalah siri mutan kegemaran ramai, iaitu X-Men ’97.

Siri ini akan meneruskan siri X-Men : Animated Series sebelum ini, sekaligus memperlihatkan Magneto kini mengetuai X-Men. Ini adalah selepas Professor X meninggalkan kumpulan berkenaan pada penghujung episod sebelum ini.

Siri X-Men ’97 ini akan menyertakan pelbagai elemen daripada siri animasi dan komik awal yang popular pada era 90-an sebelum ini. Malah, ini juga menjadi siri X-Men pertama dibawah Marvel Studios sepenuhnya.

X-Men ’97 dijangka hadir ke perkhidmatan penstriman Disney+ pada 2023 kelak.

Sohor Kini