Metronomik, salah satu syarikat permainan video tempatan sebelum ini telah pun memperkenalkan permainan sulung mereka, No Straight Roads. Kini, selepas permainan pertama, mereka telah dalam pembangunan permainan seterusnya, yang dinamakan Ondeh-Ondeh.

Permainan Ondeh-Ondeh dikatakan mungkin tidak seceria No Straight Roads, dan menawarkan konsep permainan yang lebih “pelik”. Buat masa ini, info penuh berkaitan permainan tersebut tidak dikongsikan, dan masih pada peringkat pembangunan awal.

Selari dengan pembangunan permainan ini juga, pihak Metronomik sedang mencari pekerja-pekerja baharu yang ingin menyertai pasukan mereka dalam pembangunan permainan Ondeh-Ondeh ini.

Sohor Kini