Wizards of the Coast telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Double Masters 2022 pada 8 Julai 2022 yang akan menawarkan 331 kad. Seperti Double Master pertama yang dikeluarkan pada tahun 2020, ia menyertakan kad-kad lama yang sesetengah menerima wajah baharu.

Di dalam setiap pek untuk Double Masters 2022 ia akan menyertakan 2 kad Rare dan 2 kad dengan kekemasan foils. Selain itu, ia juga menyertakan format tiga warna untuk menjadikan sesi draft lebih menarik.

Double Masters 2022 juga akan menyertakan 80 kad tanpa bingkai, termasuk juga melihat kad-kad popular kembali seperti Wrenn and Six, Liliana, The Last Hope, Eldrazi Titans: Emrakul, Aeons Torn, Kozilek, Butcher of Truth dan Ulamog.

Double Masters akan ditawarkan dalam pilihan Draft Boosters, Draft Packs dan Collector Boosters. Anda boleh layari laman Double Master 2022 untuk maklumat lanjut; https://magic.wizards.com/en/products/double-masters-2022

Sohor Kini