Prey Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 5 Ogos Ini

Filem Prey ialah prekuel kepada siri Predator yang mempopularkan frasa “get in the chopper”. Semasa trailer dikongsi beberapa minggu lalu, ramai tertanya-tanya sama ada filem yang diterbitkan khusus untuk Hulu ini akan hadir ke Malaysia. Misteri terjawab selepas akaun rasmi Disney+ Hotstar Malaysia mengesahkan ia akan boleh distrim bermula 5 Ogos hadapan – hari yang sama dengan pengguna Hulu di Amerika Syarikat.

Prey berlaku 300 tahun di mana seekor Predator bertemu dengan suku orang asli Comanche di Amerika Syarikat. Filem ini agak unik kerana ia nampaknya memberikan tumpuan kepada watak manusia dan pendekar wanita selepas selama ini menumpukan perhatian kepada hero lelaki. Filem ini diarahkan oleh Dan Trachtenberg yang sebelum ini mengarahkan filem 10 Cloverfield Lane serta beberapa episod Black Mirror serta The Boys.

Sohor Kini