Prey Menerima Treler Kedua – Filem Prekuel Predator

20th Century Studios hari ini telah berkongsi treler kedua untuk filem akan datang mereka iaitu Prey yang merupakan filem prekuel kepada filem Predator yang mempunyai 4 filem sebelum ini. Treler kali ini lebih memperlihatkan secara lanjut bagaimana Predator telah memburu di negara Comanche, 300 tahun yang lalu.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Di dalam treler tersebut diperlihatkan watak utama Naru yang sedang memburu sebelum diserang oleh seekor beruang ganas akan tetapi menyedari yang ada sesuatu yang lebih ‘ganas’ sedang memburu tetapi tidak kelihatan.

Filem ini diarahkan oleh Dan Trachtenberg dan ditulis oleh Patrick Aison. Senarai pelakon adalah Amber Midthunder, Dakota Beavers, Dane DiLiegro dan Michelle Thrush.

Sohor Kini