Pada tahun bulan Ogos lepas, Bungie telah menyaman sejumlah pembangun platform mengelat yang berleluasa di permainan mereka, Destiny 2 kerana membuatkan pengalaman permainan sejumlah besar pemain-pemain mereka tidak berpuas hati diatas isu mengelat ini.

Permainan-permainan servis nyata seperti Destiny 2 secara lazimnya hadir dengan kos yang sudahpun cukup mahal untuk dibangunkan, dan apabila ditambah dengan individu-individu yang mengelat dalam permainan tersebut, seperti menggunakan aimbot, wall-hack dan sebagainya, kos untuk memastikan isu mengelat ini tidak berlaku boleh dilihat sebagai sangat mahal.

Bungie Destiny

Bukan itu sahaja, implimentasi anti-mengelat yang diimplimentasi ini juga boleh menyebabkan mereka yang tidak bersalah untuk terjerat dan boleh menyebabkan akaun-akaun yang tidak kena-mengena untuk dikenakan hukuman juga.

Oleh kerana itu, platform-platform mengelat ini seperti Veterancheats, LaviCheats, dan Elite Boss Tech telah disaman oleh Bungie kerana membekalkan platform-platform tersebut. Tidak banyak yang diketahui mengenai kes saman tersebut, tetapi apabila ia dilihat bahawa Bungie mahu mengenakan tindakan undang-undang yang ketat terhadap platform-platform ini, mereka dilihat bersepakat untuk menyelesaikan tuntutan saman ini di luar mahkamah.

Mereka semua dilaporkan bersetuju untuk membayar Bungie $13.5 juta (~RM60 juta) kerana salah-laku ini, dan platform mengelat tersebut tidak lagi akan ditawarkan pada Destiny 2.

Ini bukanlah kali pertama kes seperti ini berlaku. Permainan-permainan seperti Rainbow Six: Siege dan Valorant juga memperlihatkan isu yang sama, dan platform-platform mengelat ini dilihat menjadikan permainan-permainan tersebut tidak menarik lagi dimainkan oleh mereka yang tidak menggunakan taktik mengelat.

Sumber: The Verge

Sohor Kini