Adibah Noor Meninggal Dunia Disebabkan Kanser Ovari

Penyanyi, pelakon dan hos terkemuka Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir beliau semalam pada usia 52 tahun akibat kanser ovari. Allahyarhamah dilaporkan sudah lama menghidap penyakit kanser tahap empat cuma dirahsiakan dari pengetahuan umum dan ia hanya diketahui oleh sebilangan kecil teman-teman paling rapat.

Beliau masih aktif bekerja sekitar seminggu lalu cuma ramai menyedari berat badan beliau susut mendadak. Kematian beliau mengejutkan rakan dan juga pengguna media sosial tempatan. Hanya tiga hari lalu beliau sempat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hamid Gurkha yang meninggal dunia.

Beliau cukup dikenali kerana menjadi pelakon yang kerap membintangi filem arahan Yasmin Ahmad. Di kaca TV pula beliau kerap diambil menjadi hos kerana kepetahan berbahasa dan berseloroh secara selamba.

Semasa hayat beliau banyak meluangkan masa membantu pelbagai badan NGO untuk membantu kanak-kanak dan juga haiwan terbiar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

Sohor Kini