Skip to main content

Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau Hamid Gurkha adalah seorang pelakon veteran yang banyak berlakon watak komedi. Antara filem yang melibatkan beliau adalah Senario The Movie, Rock, Zombi Kampung Pisang dan antara filem terakhir beliau adalah Superbike The Movie.

Pak Hamid turut terkenal dalam siri TV seperti Halimah Jongang The Series dan Bujang Sepah Lalalitamplom. Terkini beliau telah meninggal dunia petang tadi sekitar pukul 2PM. Beliau meninggal dunia atas penyakit tibi dan beberapa masalah lain selepas enam hari dimasukkan dalam Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Beliau meninggal dunia pada usia 89 tahun. Pak Hamid mula berkecimpung dalam dunia perfileman pada tahun 1978 dan banyak watak yang beliau mainkan adalah untuk kandungan komedi. Bakat beliau turut digemari ramai sehingga pernah membawa pulang anugerah Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-3 pada tahun 1982.

Leave a Reply