Siri Jon Snow Dari Game of Thrones Sedang Dibangunkan HBO

Adakah anda masih tidak dapat berganjak selepas berakhirnya siri Game of Thrones tiga tahun lalu. Sekiranya jawapan anda ialah ya, Hollywood Reporter melaporkan pagi ini bahawa siri Jon Snow sedang dibangunkan oleh HBO dengan Kit Harrington akan kembali membawakan watak utama ini.

Di penghujung musim ke-lapan GoT, Jon Snow berpindah ke utara bersama kaum Wildlings. Siri kesinambungan ini akan mengikuti perjalanan hidup beliau selepas berakhirnya GoT dan membuka peluang untuk watak lain seperti Arya, Sansa, Bran dan ramai lagi untuk muncul bagi meneruskan jalan cerita yang mungkin belum selesai.

Ini bukan satu-satunya siri berasaskan siri novel Songs of Ice and Fire yang sedang atau telah diterbitkan oleh HBO. House of Dragons akan ditayangkan Ogos ini sebagai siri prekuel. Beberapa siri spin-off lagi juga suda diumumkan termasuk siri animasi The Golden Empire. Di HBO mereka kan menggunakan kesemua peluang untuk menjadi karya George R R Martin ini sebagai asas dunia mereka sendiri seperti bagaimana Disney+ menggunakan sepenuhnya IP Star Wars dan Marvel.

Sohor Kini