HBO telah mengumumkan yang siri House of the Dragon iaitu siri prekuel kepada Game of Thrones akan mula disiarkan pada 21 Ogos 2022 melalui HBO Max, berkemungkinan besar melalui HBO di Astro ataupun HBO Go untuk pasaran Malaysia.

House of the Dragon merupakan prekuel yang berlaku 200 tahun sebelum kejadian di dalam siri Game of Thrones sebelum ini dan akan memfokuskan kepada House Targaryen yang merupakan kuasa besar pada waktu itu.

Pada bulan Februari lepas, mereka telah mengumumkan yang penggambaran telah siap dilakukan untuk musim pertama yang akan mempunyai 10 episod keseluruhan. Siri ini ditulis oleh George R.R Martin bersama dengan Ryan J Condal.

Senarai pelakon adalah seperti Paddy Considine, Emmy D’Arcy, Matt Smith, Rhys Ifans, Olivia Cooke dan Fabien Frankel.

Sohor Kini