Disney semasa Hari Star Wars, telah mengesahkan yang Taika Waititi akan mengarah dan menjadi penulis bersama untuk filem Star Wars baharu. Beliau akan menulis filem tersebut bersama dengan Krysty Wilson-Cairns yang merupakan penulis bersama untuk filem 1917.

Pengumuman ini telah mengesahkan laporan pada awal tahun ini mengenai Disney cuba mengambil Taika Waititi untuk mengarah filem baharu Star Wars selepas penglibatan beliau di dalam satu episod untuk siri Disney+ The Mandalorian.

Buat masa ini, filem tersebut masih tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut termasuk juga tarikh pengeluaran. Selain itu, Disney juga mengesahkan laporan sebelum ini, iaitu Leslye Headland pencipta bersama siri Netflix “Russian Doll” akan menerbitkan siri Disney+ baharu berdasarkan dunia Star Wars.

Sohor Kini