Squid Game Sah Akan Menerima Musim Kedua

Squid Game adalah siri paling popular di Netflix, menerima jumlah 111 juta tontonan dalam masa 28 hari sahaja, oleh itu tidak mengejutkan jika ia akan menerima musim kedua. Buat masa ini masih tidak pengumuman rasmi dari Netflix akan tetapi ia kini disahkan melalui temubual bersama dengan pengarah untuk siri dari Korea Selatan tersebut Hwang Dong-hyuk.

Anda boleh dengar temubual tersebut di bawah.

Secara ringkasnya beliau mengatakan yang siri tersebut telah menerima permintaan yang tinggi untuk musim seterusnya, yang secara tidak langsungnya memaksa untuk mereka melakukannya. Beliau kemudian mengesahkan yang Squid Game akan menerima musim kedua dan mereka di dalam proses perancangan untuknya.

Squid Game sudah tiba di Netflix dan anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini; Apa Kami Tonton Minggu Ini? #16 – Marvel Comics X-Men, MCU Fasa 2, D.P., Squid Game.

Sohor Kini