Dalam sidang media yang diadakan awal pagi tadi untuk Ms. Marvel, ada banyak perkara yang telah dikongsi oleh pencipta siri, penulis, pengarah, para pelakon dan juga Kevin Feige.

Antara perkara yang menarik adalah mengenai AvengersCon. AvengersCon adalah satu acara peminat fiksyen khusus untuk peminat-peminat adiwira Avengers dalam dunia MCU yang berlaku dalam siri TV Ms. Marvel. Kevin Feige mendedahkan yang mungkin akan datang konvensyen ini akan menjadi realiti untuk semua orang.

Konvensyen untuk peminat daripada Disney setakat ini yang besar hanya ada untuk Star Wars seperti yang baru sahaja berlangsung beberapa minggu lalu – Star Wars Celebration. Dengan peminat yang ramai untuk dunia MCU, konvensyen ini kelak tidak mustahil untuk dianjurkan. Tetapi Kevin tidak berkongsi sebarang informasi mengenainya.

Semasa penggambaran Ms. Marvel, Kevin mendedahkan yang AvengersCon dirakam bersebelahan dengan studio ketika saat 3 Spider-Man bersama menentang musuh dalam Spider-Man: No Way Home. Ms. Marvel akan disiarkan di Disney+ pada 8 Jun akan datang.

Sohor Kini