Bad Batch iaitu siri sampingan kepada Star Wars: Clone Troopers. Ia sudah pun tamat dengan musim pertama dengan musim kedua sudah disahkan akan tiba akan datang.

Sempena Star Wars Celebration, Disney hari ini telah berkongsi treler baharu Star Wars: Bad Batch musim kedua.

Selepas berbulan kejadian yang berlaku di Kamino, pasukan Bad Batch kembali pengembaraan mereka untuk mempertahankan Empire selepas kejatuhan Republic. Kali ini mereka akan berdepan lagi dengan lebih banyak rakan dan musuh untuk pelbagai misi pembunuhan dan memasuki kawasan baharu. Bagi mereka yang tahu, Bad Batch adalah pasukan Clone Troopers yang paling kejam dan jahat kerana mereka ada kuasa tersendiri yang unik berbanding klon lain.

Star Wars: Bad Batch musim kedua akan mempunyai 16-episod dan akan disiarkan pada sekitar suku terakhir 2022 akan datang.

Sohor Kini