Star Wars: The Bad Batch musim pertama akan menerima episod terakhir pada minggu depan, dan hari ini Disney telah mengesahkan yang siri animasi tersebut akan menerima musim kedua dan ia akan disiarkan bermula tahun depan.

Ia merupakan siri yang boleh dikatakan sebagai siri susulan untuk Star Wars: The Clone Wars dan juga satu siri sampingan. Ia memfokuskan kepada sekumpulan ‘clone troppers’ iaitu Clone Force 99 yang juga dikenali sebagai Bad Batch.

Musim pertama untuk Star Wars: The Bad Batch boleh mula ditonton di Disney+ Hotstar di mana ia akan mempunyai 16 episod, episod ke-15 akan tiba sekitar hari ini dan episod terakhir pada Jumaat minggu depan.

Sohor Kini