Obi-Wan Kenobi adalah siri TV terbaru Star Wars yang akan disiarkan di Disney+ tidak lama lagi. Ia adalah sebuah siri TV yang akan memfokuskan kepada watak Obi-Wan 10 tahun selepas Star Wars: Revenge of the Sith yang ditayangkan pada tahun 2005.

Dalam siri TV ini, Ewan McGregor kembali sebagai Obi-Wan dan Hayden Christensen pula kembali sebagai sebagai Anakin Skywalker/Darth Vader. Ini adalah gandingan pertama kali mereka bersama selepas sekitar 17 tahun.

Menurut Deborah, siri ini mengambil masa selama tiga tahun untuk dihasilkan dan ia menggunakan banyak teknologi canggih berbanding dengan musim pertama The Mandalorian. Beliau juga menggunakan filem Joker dan Logan sebagai inspirasi untuk elemen gelap dalam siri ini. Sudah semestinya, siri ini turut mempunyai jenaka dan akan mengisi tempat kosong untuk apa yang berlaku selepas Revenge of the Sith. Deborah turut rasa seronok untuk bersama dengan Hayden dalam siri TV ini dan beliau rasakan semuanya berjalan dengan lancar.

Menurut Ewan pula, beliau berasa seronok untuk kembali memainkan watak Obi-Wan lebih-lebih lagi kembali bersama Hayden selepas berbelas tahun tidak bersama dalam satu projek. Tambahan beliau lagi, semasa sesi penggambaran beliau menggunakan loghat Amerika yang tidak sama dengan Obi-Wan seperti filem sebelum dan perlu berlatih semula untuk mencari loghat suara yang sebenar. Siri TV ini turut membuat beliau mengenang kembali masa silam dan walaupun sudah ada skil Lightsaber, setiap perlawanan perlu berlatih semula mengikut koreografi yang diadaptasi daripada tiga filem pertama Star Wars. Ewan turut memandang Alec Guinness untuk inspirasi watak Obi-Wan yang lebih matang.

Ewan turut menyatakan yang walaupun Obi-Wan Kenobi adalah satu siri TV, beliau rasakan ia seakan sebuah filem kerana hanya Deborah yang mengarah kesemua episod dengan satu visi. Ewan turut berkata yang ada beberapa episod turut terpaksa dirakam semula kerana teknologi kamera yang terlampau canggih yang mengeluarkan bunyi menjengkelkan yang disedari hanya ketika suntingan.

Antara watak baru dalam siri ini adalah Inquisitor Reva lakonan Moses Ingram. Beliau yang pada awalnya tidak begitu mengikuti dan minat akan Star Wars terus meminati francais ini kerana rasa gembira dan teruja apabila terlibat dengan projek yang mempunyai jutaan peminat. Beliau dapat rasakan skrip diterima itu bahaya dan bijak untuk menjadi pengikut setia Darth Vader. Kostum yang dipakai juga memberi semangat tambahan kerana ia adalah satu pengalaman baharu bagi beliau.

Siri TV ini akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 27 Mei akan datang.

Sohor Kini