Legendary dan Apple TV+ sedang membangunkan siri TV sampingan Godzilla. Ia berlaku dalam dunia yang sama, iaitu MonsterVerse. Siri ini akan memfokuskan kisah selepas kemusnahan disebabkan oleh Godzilla dan Titans di San Francisco. Ada satu keluarga yang cuba menyelamatkan diri dan merungkai misteri di sebalik organisasi Monarch.

Terkini, Legendary telah mengumumkan yang Matt Shakman akan mengarah dua episod dalam siri TV ini. Matt sebelum ini adalah pengarah untuk siri TV MCU, WandaVision dan turut pernah terlibat dengan Game of Thrones.

Penerbit siri TV ini adalah Chris Black (Star Trek: Enterprise ) dan Matt Fraction (Hawkeye) serta Hiro Matsuoka dan Takemasa Arita dari Toho.

Tiada butiran jelas lagi mengenai siri TV ini. Tetapi ada kemungkinan ia berdasarkan filem Godzilla yang ditayangkan pada tahun 2014.

Sohor Kini