Skip to main content

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple TV+ bakal hadir dengan siri sampingan Legendary Monsterverse. Ia adalah siri TV yang berlaku dalam dunia yang sama dengan filem-filem Godzilla, Godzilla vs Kong dan lain-lain lagi.

Siri TV ini akan dihasilkan oleh Legendary Television.

Penerbit eksekutif siri TV ini adalah Chris Black (Star Trek: Enterprise ) dan Matt Fraction (Hawkeye). Sudah semestinya Toho juga akan terlibat, dengan Hiro Matsuoka dan Takemasa Arita meneyrtai sebagai penerbit eksekutif.

Terbaru, Murphy’s Multiverse melaporkan yang judul siri TV ini adalah Hourglass. Penggambaran bagi siri TV ini akan bermula pada bulan Mei akan datang dan rakaman hanya akan bermula pada November kelak. Ia akan berlaku di Tokyo, Vancouver dan Hawaii.

Selepas kejadian di San Francisco, akibat kemusnahan Godzilla dan Titans, satu keluarga yang cuba menyelamatkan diri cuba merungkai misteri dan kejahatan di sebalik organisasi Monarch. Butiran lain seperti pelakon dan tarikh siaran masih belum diketahui lagi. Ia mungkin akan tiba sekitar 2023 akan datang.

Leave a Reply