Jika sebelum ini kami sudah kongsi-kan Netflix yang masih lagi menguasai pasaran penstriman di Amerika Syarikat walaupun memperlihatkan pengurangan. JustWatch juga telah berkongsi maklumat yang sama untuk pasaran Malaysia.

Netflix masih lagi pemegang bahagian pasaran terbesar di Malaysia dengan pegangan sebanyak 24% untuk suku pertama tahun ini tetapi memperlihatkan penurunan berbanding permulaan tahun ini, diikuti dengan Viu yang memperlihatkan peningkatan dan mempunyai 20% bahagian pasaran.

Di tempat ketiga adalah Iflix yang memegang 18% dan memperlihatkan penurunan, Disney+ Hotstar pula memegang 13% dan terus memperlihatkan peningkatan. HBO Go dan Prime Video adalah 5% dan tidak memperlihatkan perubahan mendadak berbanding awal tahun ini.

Walaupun Netflix memperlihatkan pengurangan pelanggan di beberapa pasaran seperti Eropah dan Amerika Syarikat, akan tetapi mereka menerima tambahan pelanggan di Asia Pasifik, terutama dengan mereka menambah kandungan-kandungan tempatan seperti anime untuk pasaran Jepun.

Sohor Kini