Sejak beberapa tahun yang lepas, di dalam usaha Netflix untuk mengembangkan sayap mereka di Asia Pasifik, antara kandungan utama yang menjadi fokus adalah anime. Ini telah membuah hasil, apabila walaupun jumlah pelanggan menurut, tetapi pelanggan di Asia Pasifik telah meningkat sebanyak 1.1 juta.

Di dalam usaha mereka untuk menambah lagi kandungan anime, Netflix telah mengumumkan perjanjian baharu dengan Studio Colorido iaitu studio anime di Jepun. Mereka sebelum ini telah hadir dengan filem anime seperti A Whisker Away, dan Burn the Witch.

Melalui perjanjian baharu ini mereka akan hadir dengan beberapa filem anime yang akan disiarkan secara eksklusif di Netflix, tetapi akan turut tiba di pawagam untuk pasaran Jepun. Menerut Naib Presiden Kandungan Tempatan, Netflix Jepun, jika ingin mendapat sambutan secara global, mereka perlu mendapat sambutan secara tempatan juga.

Berdasarkan perkongsian oleh Netflix sebelum ini, lebih 50% pelanggan Netflix menonton anime, manakala ia lebih tinggi di Jepun di mana 90% pelanggan dari negara matahari terbit tersebut menonton anime.

Selain anime, Netflix juga tampaknya ingin juga menambah kandungan-kandungan dari TV dnegan mengumumkan kerjasama dengan Nippon TV, di mana mereka hadir dengan siri popular sekarang iaitu Old Enough.

Sohor Kini