Super Evil Megacorp, pembangun permainan popular Vainglory kini dilihat hadir dengan permainan baharu dinamakan Catalyst Black.

Catalyst Black membawakan sedikit konsep permainan seumpama Vainglory dan pelbagai permainan MOBA lain, tetapi memfokuskan kepada tembak-menembak. Grafik yang ditawarkan juga ceria dan cantik.

Peta permainan juga agak kecil, membawakan kepada permainan bercorak pantas. Setiap watak pemain juga turut boleh berevolusi apabila cukup masa – sekaligus memberikan kecederaan yang lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, permainan ini ditawarkan dalam bentuk awal kepada pengguna Android. Catalyst Black akan dilancarkan secara rasminya pada 25 Mei kelak.

Sohor Kini