Konsol permainan Nintendo Switch dikuasakan dengan cip pemprosesan NVIDIA Tegra X1, dan syarikat permainan video Jepun tersebut dijangka akan mengekalkan kerjasama dengan syarikat pembuat cip pemprosesan grafik tersebut untuk konsol mereka akan datang.

Nintendo Switch

Terkini, NVIDIA dilaporkan telah memaparkan pencarian jawatan “Game Console Developer Tools Engineer” yang dilihat sebagai pencarian untuk individu-individu untuk membina sebuah konsol Nintendo yang baru.

Ini selari dengan pelbagai ura-ura yang tersebar bahawa Nintendo sedang bersiap-sedia dan sedang membangunkan rekaan konsol baru yang akan diperkenalkan kelak. Walaubagaimanapun, oleh kerana isu cip semikonduktor yang masih belum reda lagi, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Nintendo akan memperkenalkan konsol baru ini.

Sumber: WCCF Tech

Sohor Kini