Fall Guys merupakan salah satu permainan yang agak popular diperkatakan sejak ia diperkenalkan pada PlayStation dan juga PC sebelum ini. Kini, pembangunnya berkongsi mengatakan permainan ini akan ditawarkan untuk dimainkan secara percuma bermula Jun 2022 kelak.

Penawaran percuma ini adalah selari dengan pengenalan permainan Fall Guys pada Nintendo Switch dan juga Xbox. Ia juga akan ditawarkan melalui Epic Games Store. Kemaskini baharu permainan ini juga akan menyokong ciri bermain rentas platform.

Seperti beberapa permainan lain, pemain boleh membeli beberapa perkara dalam permainan – termasuk dari segi watak, pas musim dan sebagainya.

Bagi pembeli permainan sedia ada, anda akan menerima pas musim percuma, selain beberapa perubahan kosmetik.

Untuk makluman, syarikat disebalik Fall Guys telah diambil-alih oleh Epic Games sebelum ini, dan kini ia turut beralih kepada format penawaran seumpama Fortnite.

Sohor Kini