PUBG Mobile Memberikan Nafas Baharu Untuk Peta Livik

PUBG kini telah mula menawarkan kemaskini PUBG Mobile, sekaligus membawakan peta permainan yang dinantikan ramai, iaitu peta Livik yang diberikan nafas baharu.

Peta Livik baharu ini dilihat memberikan perhatian kepada rekaan landskap urban, dengan grafik taman dan lain-lain. PUBG turut mengatakan grafik keseluruhan peta Livik dikemaskini, dalam memberikan pengalaman berperang yang lebih baik.

Di samping itu, ini juga membawa kepada bentuk permainan strategik serba baharu di kalangan pemain PUBG Mobile berbanding sebelum ini.

Bersama-sama pengenalan peta baharu, ia juga hadir dengan pilihan kenderaan dan senjata serba baharu.

PUBG Mobile juga akan menawarkan kembali beberapa permainan mini melalui kemaskini baharu, termasuk Metro Royale, dan juga permainan mini bola-sepak.

Bagi anda yang memainkan PUBG Mobile, boleh kemaskini permainan anda, dan menikmati ciri-ciri baharu yang disertakan bersama dengannya hari ini.

Sohor Kini