Pada tahun 2009, pembangun permainan THQ telah menyalutkan sebuah konsol pembangun Nintendo Wii dengan emas 24 karat untuk tujuan diberikan kepada Permaisuri Elizabeth II dan juga untuk mempromosikan permainan Big Family Games.

Akan tetapi, oleh kerana polisi istana Buckingham yang tidak menerima sebarang hadiah, konsol tersebut tidak dapat diberikan kepada permaisuri tersebut, dan telah disimpan di pejabat THQ sehinggalah syarikat tersebut tutup kerana bankrap pada tahun 2013.

Konsol tersebut kemudiannya dibeli secara senyap oleh seorang pengumpul konsol dari Netherlands yang bernama Don, dan pada tahun lepas, telah cuba melelong konsol tersebut di eBay. Oleh kerana terma dan syarat yang berubah di platform tersebut, lelongan tersebut terpaksa dibatalkan sebelum ia dapat dilengkapkan.

Terkini, konsol tersebut baru sahaja dilelongkan sekali lagi melalui platform Goldin, dan lelongan tersebut dibuka pada harga $1500 (~RM6000), dan kini berada pada harga $3000 dan ia akan dibuka untuk sekitar dua minggu lagi sebelum ditutup.

Sumber: Kotaku

Sohor Kini