Spider-Man: Across The Spider-Verse adalah sekual kepada Spider-Man: Into The Spider-Verse, yang mana merupakan antara filem animasi terbaik yang pernah kami tonton. Daripada cerita sehinggalah sinematografi, ia amat memuaskan.

Filem animasi ini telah pun disahkan akan mempunyai sekuel, iaitu Spider-Man: Across The Spider-Verse yang pada awalnya ingin ditayangkan pada 7 Oktober 2022. Filem ini kini disahkan tunda ke 2 Jun 2023, untuk tayangan Malaysia pula adalah sehari lebih awal – 1 Jun 2023. Across The Spider-Verse turut akan dibahagikan kepada dua, yang mana bahagian kedua akan ditayangkan pada 29 Mac 2024.

Filem Madame Web turut menerima kemaskini. Apa yang kita tahu sebelum ini adalah, Dakota Johnson (Fifty Shades of Grey) dan Sydney Sweeney (Euphoria) akan terlibat dalam filem ini sebagai watak utama. Filem aksi nyata asal-usul Madame Web, iaitu watak yang boleh melihat ke dunia labah-labah ini akan ditayangkan pada 7 Julai 2023.

Sohor Kini