Greta Gerwig adalah seorang pelakon dan juga pengarah di Amerika Syarikat. Antara kejayaan beliau sebagai pengarah adalah untuk filem Lady Bird dan juga Little Woman. Kedua-dua filem arahan beliau ini juga pernah dicalonkan untuk beberapa anugerah.
Terkini melalui Collider, Greta dikatakan akan menjadi pengarah untuk filem aksi nyata Barbie. Barbie adalah anak patung fesyen yang diperkenalkan sejak 1959 dan masih menjadi popular sehingga hari ini. Margot Robbie iaitu pelakon Harley Quinn dikatakan dipilih menjadi watak utama filem Barbie ini. Menurut beliau, filem ini adalah sebuah filem yang berbeza yang kita sendiri tidak tahu ia adalah sesuatu yang kita inginkan.
Walau bagaimanapun, plot, senarai pelakon dan konsep cerita masih belum diketahui lagi. Filem ini dikatakan akan ditayangkan pada 2023 dengan penggambaran bermula 2022. Adakah dunia filem anak patung seakan Toy Story? Atau seakan Small Soldiers? Atau mungkin siri animasi Barbie sedia ada diadaptasi menjadi aksi nyata. Sama-sama kita nantikan.