Selain menantikan tayangan untuk Spider-man: No Way Home, filem susulan untuk Spider-man: Into the Spider-verse juga dinantikan ramai. Kini, filem tersebut disahkan akan menggunakan judul Spider-man: Across the Spider-Verse dan Marvel serta Sony Pictures telah berkongsi treler acah untuknya.

Di dalam video ini ia memperlihatkan Gwen Stacy memasuki dunia Miles Morales selepas lama tidak berjumpa. Selain itu ia juga memperlihatkan Miles Morales memasuk pelbagai dimensi lain termasuk juga bertempur dengan Spider-man 2099.

Selain itu, mereka juga mengesahkan yang Spider-man Across the Spider-verse akan mempunyai dua bahagian dengan bahagian pertama akan tiba pada 7 Oktober 2022.

Sohor Kini