Sejak Februari lepas, pelbagai pasukan dari negara-negara dari Asia Tenggara telah bertanding untuk merebut 11 slot ke peringkat akhir bagi Kejohanan Wild Rift Champions SEA 2022 dan berikut adalah pasukan-pasukan yang layak;
- Masters – Flash Wolves, ONE team
- Indonesia – Persis Esports
- Malaysia/Singapura – SEM9
- Oceania – Smash Logic Gaming
- Filipina – FENNEL Adversity, Rex Regum Qeon
- Thailand – EVOS Esports, Buriram United Esports
- Vietnam – Team Flash, Cerberus Esports
SEM9 mewakili Malaysia dan juga Singapura selepas mengalah pasukan-pasukan seperti Sem9, Reach the Peak, Upcar Esports, Team Watermelon, TODAK, dan Path Seeker.
Peringkat akhir akan berlangsung dengan tiga peringkat iaitu Play-in, Playoff dan Akhir berikut adalah jadual untuk tiga peringkat tersebut;
- Peringkat Play-in: 23 – 24 April
- Peringkat Playoff: 26 – 27 April, 29 April – 1 Mei, 6 – 7 Mei
- Peringkat Akhir: 8 Mei
Pasukan-pasukan akan bertanding untuk merebut empat tempat bagi menyertai Wild Rift
Icons Global Championship dan hadiah terkumpul berjumlah $200,000. Anda boleh ikut kejohanan ini di Twitch, Youtube dan juga Facebook Wild Rift.
League of Legends: Wild Rift sudah dikeluarkan iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.


