Tahun lepas Discovery telah melancarkan platform penstriman video tersendiri Discovery+. Platform ini menyertakan kandungan daripada saluran seperti Discovery Channel, A&E, The History Channel dan Lifetime dan mempunyai lebih 55000 kandungan yang boleh diakses.

Terkini Discovery akan bergabung dengan WarnerMedia dan secara tidak langsung HBO Max dan Discovery+ akan bergabung menjadi satu platform penstriman video. CFO Disocvery iaitu Gunnar Wiedenfels, akan kekal dengan jawatan beliau di Warner Bros.

Perjanjian antara dua syarikat ini dijangka akan selesai sekitar bulan hadapan dan gabungan ini akan lengkap sekitar beberapa bulan dan tidak akan makan masa sehingga bertahun. Gunnar turut menyatakan yang gabungan ini lebih kepada mengharmonikan teknologi kedua-dua platform termasuk pendaftaran ke dua-dua perkhidmatan dan juga kandungan yang akan diterbitkan.

Sementara itu, beliau turut menyatakan yang kandungan HBO Max lebih menyasarkan pengguna lelaki sementara kandungan Discovery yang lebih ke arah gaya hidup menyasarkan pengguna wanita. Harga langganan baharu masih belum diumumkan, tetapi ada kemungkinan besar harga langganan HBO Max akan menjadi lebih mahal. Nasib kepada pengguna sedia ada Discovery+ juga masih tidak pasti.

Di Malaysia, beberapa kandungan HBO Max dimasukkan dalam HBO Go. Dengan gabungan Discovery+ ini, turut tidak pasti jika pengguna HBO Go kelak turut akan dapat menikmati beberapa kandungan eksklusif Discovery.

Sohor Kini