The Academy Of Motion Picture Arts and Science yang menganjurkan acara Oscar setiap tahun bertindak menghalang Will Smith dari menghadiri acara tersebut dan kesemua acara lain yang dianjurkan mereka selama 10 tahun. Hukuman berat ini diambil berikutan insiden Smith melempang hos Chris Rock kerana berjenaka mengenai rambut botak isteri pelakon tersebut.
Sebelum ini terdapat spekulasi Akademi akan menarik semula kemenangan Smith dalam kategori pelakon utama terbaik untuk filem King Richard tetapi nampaknya ini tidak berlaku. Hukuman yang dikenakan dilihat agak berat dengan terdapat reaksi mengatakan ia terlalu melampau.
Selepas insiden melempang Chris Rock, Will Smith meletakkan jawatan sebagai ahli akademi dan memohon maaf juga kepada Rock kerana tindakan beliau yang dilihat tidak sesuai dengan majlis.
Sumber BBC