Pelakon aksi popular Bruce Willis menarik dari dari dunia lakonan hari ini selepas disahkan menghidap penyakit Aphasia. Ini mengakibatkan pesakit tidak mahu memahami percakapan ataupun menulis. Pengumuman penarikan diri beliau dari dunia lakonan dilakukan oleh isteri beliau Emma Heming-Willis dan bekas isteri Demi Moore menerusi laman Instagram.
Willis (67) ialah antara pelakon aksi paling terkemuka ketika dekad 80-90an dengan nama melonjak selepas membintangi siri filem Die Hard. Selain itu beliau juga berjaya membuktikan kemampuan lakonan menerusi filem The Sixth Sense. Sejak akhir-akhir ini Willis hanya membintangi filem murahan untuk platform penstriman dan yang ditawarkan terus dalam bentuk DVD.
Ura-ura beliau sebenarnya menghidap penyakit nyanyuk mula didengari sekitar tiga tahun lalu selepas krew filem melaporkan beliau mempunyai masalah mengingati dialog dan memerlukan bantuan alat pendengaran dengan skrip dibaca oleh pembantu. Selamat bersara John McClane, Harry Stamper dan Dr Malcolm Crowe.