Dua tahun lepas, pernah kami laporkan yang Robert Downey Jr. ingin hadir dengan semesta misteri Sherlock Holmes berdasarkan dua filem yang pernah beliau berlakon bersama Jude Law. Ketika itu beliau juga berhasrat ingin membawa projek ini ke HBO Max seperti siri detektif Perry Mason.

Hollywood Reporter telah mengesahkan yang akan terdapat dua siri sampingan Sherlock Holmes daripada dunia sama dengan filem Robert Downey Jr. ini akan ke HBO Max. Siri ini akan dihasilkan oleh syarikat produksi beliau Team Downy dengan beliau sebagai penerbit eksekutif.

Projek ini akan diuruskan oleh Warner Bros. Television bersama dengan Lionel Wigram yang bertanggungjawab dengan dua filem asal untuk cerita. Turut tidak pasti lagi bagaimanakah dua siri TV ini akan berkait dengan filem dan adakah Robert akan kembali sebagai Sherlock atau sebaliknya? Projek ini masih di awal pembangunan dan dikatakan ada harapan untuk berjaya dihasilkan berbanding filem ketiga yang entah ke mana.

Sohor Kini