Dengan MCU mula fokus kepada multimesta, filem-filem dan siri TV akan datang akan menjadi semakin gila. Paling dahsyat akan datang adalah filem Dr. Strange in the Multiverse of Madness. Akan aada banyak watak daripada dunia lain, filem lain masuk ke dalam MCU bagi menyelamatkan dunia.

Treler pertama dipertontonkan di pasca-kredit filem Spider-Man: No Way Home. Treler lanjutan kemudian mendedahkan Professor X akan kembali dan akhirnya masuk dalam MCU. Terkini treler pendek 30 saat mendedahkan kemungkinan besar watak yang ramai inginkan.

Siapakah dia? Ramai katakan individu dalam sut kelihatan seakan warna perak dengan nyalaan cahaya biru, emas dan jingga ini adalah Superior Iron Man. Iaitu variasi Iron Man yang kejam dan zalim kerana terkena sumpahan Scarlett Witch. Namun, ada kemungkinan juga yang watak ini adalah Monica Rambeau dalam bentuk Photon, Pulsar, Spectrum, atau boleh jadi variasi Captain Marvel yang lain.

Kemudian turut kelihatan adalah raksasa yang dikatakan adalah Chthon. Watak ini dalam komik adalah dewa yang mempelajari ilmu mistik, ilmu hitam dan tertarik kepada kegelapan. Gelaran watak ini adalah God of Chaos dan berkait rapat dengan Wanda.

Akhir sekali, sekali lagi kita dapat lihat watak Strange Supreme beraksi mengeluarkan tentakel daripada badan untuk berlawan dengan sesuatu. Filem ini tidak dinafikan agak dahsyat, dan menjanjikan banyak perkara yang akan memuaskan hati peminat.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini