Marvel menerbitkan trailer terkini untuk filem Doctor Strange in The Multiverse of Madness pagi in sempena Super Bowl. Beberapa babak baharu diselitkan berbanding trailer sebelum ini bagi memberikan lebih banyak maklumat mengenai filem yang akan tiba ke pawagam pada 6 Mei kelak.
Paling menarik ialah kemunculan watak dan suara yang amat mirip dengan Sir Patrick Stewart. Besar kemungkinan pengenalan watak X-Men ke dalam dunia Marvel Cinematic Universe akan akhirnya dilakukan menerusi filem ini. Filem Spider-Man : No Way Home telahpun membuka kotak Pandora watak dari filem adiwira Marvel yang terdahulu boleh memasuki alam MCU.

Bersama dengan trailer, Marvel turut memperlihat rekaan poster filem yang akan digunakan kelak. Adakah benar Professor X akan kembali dalam filem ini? Marvel sudah beberapa kali meletakkan babak yang dipotong atau tidak digunakan langsung dalam trailer mereka. Jadi pada waktu ini ia masih sekadar spekulasi.