Moon Knight kini sedang disiarkan di Disney+ Hotstar dengan episod pertama. Ia adalah kisah Marc/Steven yang ada penyakit kecelaruan identiti dan mempunyai kuasa mistik kerana telah melakukan perjanjian dengan dewa bulan Mesir, Khonshu. Dalam siri ini, Marc akan berhadapan dengan Arthur seorang Doktor yang memuja dewa kejam dan beliau mempunyai kultus tersendiri.

Pelakon Marc dalam siri ini adalah Oscar Isaac, bersama-sama dengan beliau adalah Ethan Hawke. Biasanya pelakon untuk siri TV Marvel dalam dunia MCU akan menandatangani kontrak untuk beberapa tahun atau untuk projek lain seperti siri TV musim kedua, siri lain atau juga filem. Oscar Isaac walau bagaimanapun mengesahkan yang beliau tidak menandatangani kontrak untuk projek MCU lain.

Ini bermakna masa hadapan Moon Knight masih tidak jelas sama ada akan masuk lagi dalam filem atau siri TV MCU dan adakah ada potensi watak lain pula yang melakukan perjanjian bersama Khonshu untuk mengambil-alih kuasa Moon Knight.

Baca: Ulasan Moon Knight Episod 1-4 – Watak Gila Dengan Cerita Yang Best Gila

Sohor Kini