Despicable Me adalah antara filem animasi yang cukup menarik untuk ditonton bersama seisi keluarga. Ia adalah filem yang memfokuskan kepada penjenayah Gru yang mempunyai ribuan konco-konco makhluk aneh berwarna kuning. Walaupun jahat, beliau masih lagi ada perasaan sedih dan sayang.

Filem sampingan Despicable Me adalah Minions yang ditayangkan pada tahun 2015 memfokuskan sepenuhnya kepada makhluk aneh kuning beliau. Selepas bertahun, Illumination hadir dengan sekuel baharu Minion: The Rise of Gru.

Filem ini sudah lama diacah, namun ditunda kerana Covid-19. Di atas adalah treler baharu bagi filem ini. Seperti judul filem, ia akan memfokuskan kisah Gru ketika masih muda atau di usia kanak/kanak/remaja lagi dan setiap Minion ini masih lagi baru ingin bekerja dengan beliau dan mempelajari erti setia.

Walaupun muda, Gru sudah ada banyak musuh dewasa yang kejam dan selepas diculik – Minion bertanggungjawab untuk menyelamatkan bos beliau yang digelar Mini Boss.

Filem ini akan ditayangkan pada 30 Jun akan datang.

Sohor Kini