HBO sebelum ini telah mengumumkan yang siri prekuel untuk Game of Thones iaitu House of the Dragon akan tiba sekitar tahun ini, dan kita boleh katakan yang satu bahagian utama sudah berakhir di mana penggambaran untuk siri tersebut telah berakhir dan akan memulakan sesi produksi yang seterusnya.

Perkara tersebut telah dikongsi-kan oleh George R.R Martin yang juga memuji penulisan, arahan dan juga lakonan bagi siri ini. Siri ini ditulis oleh Ryan Condal dan Miguel Sapochnik dengan nasihat daripada George R.R Martin sendiri.

House of the Dragon merupakan prekuel yang berlaku 200 tahun sebelum kejadian di dalam siri Game of Thrones sebelum ini dan akan memfokuskan kepada House Targaryen yang merupakan kuasa besar pada waktu itu.

Anda boleh tonton treler pertama untuknya di bawah.

Sohor Kini