Pennywise adalah hantu badut yang membunuh yang sebenarnya adalah sejenis spesis makhluk asing. Hantu ini membunuh kanak-kanak yang mempunyai perasaan seram dan takut kerana itu adalah makanan beliau. Kisah Pennywise ini boleh dilihat dalam filem-filem It.
Terbaru menurut Variety, HBO Max akan hadir dengan siri TV prekuel untuk It dan dalam filem ini ia akan menceritakan kisah asal-usul Pennywise. Siri TV ini akan berlaku pada tahun 1960-an dan akan menceritakan kisah sebelum berlakunya kejadian dalam filem It: Part One (2017).
Andy Muschietti iaitu pengarah filem The Flash adalah pengarah untuk It: Part One dan Part Two akan menjadi penerbit eksekutif. Jason Fuchs akan menjadi penulis skrip siri TV ini. Siri TV ini masih berada di awal pembangunan dan dalam draf siri TV ini digelar sebagai Welcome To Derry.